Belajar Tajwid 9 – Hukum Alif Lam Ma’rifah

“Al-“, “Alif lam” atau lebih lengkap “Alif lam makrifah” (bahasa Arab: ألف لام تعريف, “alif lam ta’riif”) adalah dua huruf yakni huruf alif (alif wasal) dan huruf lam yang ditambah pada pangkal/awal dari kata nomina atau isim. Terdapat dua jenis alif lam ma’rifah yaitu qamariah dan syamsiah.

1. Huruf Qomariah

Alif lam qamariah ialah lam yang diikuti oleh 14 huruf hijaiyah, seperti: alif/hamzah(ء), ba’ (ب), jim (ج), ha’ (ح), kha’ (خ), ‘ain (ع), ghain (غ), fa’ (ف), qaf (ق), kaf (ك), mim (م), wau (و), ha’ () dan ya’ (ي). Hukum alif lam qamariah diambil dari bahasa arab yaitu al-qamar (ﺍﻟﻘﻤﺮ) yang artinya adalah bulan. Maka dari itu, cara membaca alif lam ini adalah dibacakan secara jelas tanpa meleburkan bacaannya.

2. Huruf Syamsiah

Alif lam syamsiah ialah lam yang diikuti oleh 14 huruf hijaiyah seperti: ta’ (ت), tha’ (ث), dal (د), dzal (ذ), ra’ (ر), zai (ز), sin (س), syin (ش), sod (ص), dhod (ض), tho (ط), zho (ظ), lam (ل) dan nun (ن). Nama asy-syamsiah diambil dari bahasa Arab (ﺍﻟﺸﻤﺴﻴﻪ) yang artinya adalah matahari. Maka dari itu, cara membaca alif lam ini tidak dibacakan melainkan dileburkan kepada huruf setelahnya.

###

Mari belajar tentang Al-Quran di sini.